SELEPAS Indonesia dan Filipina, Malaysia berada di tangga ketiga
sebagai negara pengeluar utama dunia bagi tumbuhan akuatik rumpai laut.
Penternakan rumpai laut dilaksanakan di kawasan perairan
timur laut
Sabah iaitu sekitar Semporna, Kota Belud dan juga Kudat, Lahad Datu dan
Semporna. Aktiviti ini telah bermula sejak lebih 30 tahun lalu.
Perubahan
cita rasa pengguna terhadap makanan yang mudah sedia, berkhasiat dan
tanpa kesan sampingan dijangka meningkatkan permintaan terhadap rumpai
laut. Pengeluaran rumpai laut basah dijangka meningkat daripada 149 ribu
tan metrik pada tahun 2010 kepada 900 ribu tan metrik pada
tahun 2020 iaitu sebanyak 19.7% setahun Nilai eksport bagi rumpai laut dalam bentuk
kering dan produk karagenan dijangka meningkat daripada RM235 juta pada tahun 2010 kepada
RM1.4 bilion dalam tahun 2020. Selain pasaran tempatan, rumpai laut malaysia turut dieksport ke China, Jepun dan Denmark.
Melihat
kepada pengeluaran dan permintaannya yang begitu tinggi, tentu ada
bertanya apakah sebenarnya kegunaan rumpai laut. Rumpai laut berpotensi
untuk digunakan sebagai makanan manusia dan makanan ternakan. Karagenan
yang dihasilkan daripada rumpai laut digunakan dalam pelbagai industri
seperti farmaseutikal, kosmetik, penapisan, pengawetan, pembuatan
biomaterial serta industri makanan sebagai bahan penstabil dan
agar-agar. Rumpai laut juga digunakan sebagai makanan haiwan dan baja.
Sebagai makanan haiwan, boleh diberikan kepada kambing, lembu, kuda dan
ayam.
Pertumbuhan haiwan ternakan boleh meningkat dengan cepat
memandangkan rumpai laut kaya dengan mineral dan vitamin. Lembu yang
diberi makan rumpai laut juga didapati menghasilkan susu yang mempunyai
kandungan lemak yang tinggi. Sekiranya ayam diberi makan rumpai laut,
telur yang dihasilkan didapati mempunyai kandungan iodin yang tinggi.
Masyarakat di pinggir laut juga menggunakan rumpai laut sebagai baja.
Alga perang ini kaya dengan kalium, fosforus, unsur surih dan bahan
pertumbuhan. Rumpai laut dibiarkan reput di ladang atau dicampurkan
dengan bahan organik yang lain.
Baja rumpai laut bukan sahaja memperkaya tanah dengan nutrien tetapi juga membantu dalam membaiki struktur tanah.
Rumpai laut telah digunakan sejak berkurun untuk mengubati beberapa
penyakit seperti goiter, disenteri, diarea dan masalah usus kecil dan
pundi. Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai
antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat
cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan
darah dan aras kolestrol plasma.
Menurut Dr. Ragnar Berg dari
United States, ‘Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri
dari 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali. Sama ada badan anda
beralkali atau berasid adalah bergantung kepada makanan yang anda ambil.
Badan yang sihat adalah beralkali (pH7.3 ke 7.4). Adalah penting sekali
bagi anda untuk mengetahui jenis makanan yang anda ambil agar anda
dapat mencapai kesihatan yang seimbang iaitu 80% alkali dan 20% asid.
Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai kandungan asid yang
tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan penyakit yang lebih
rendah berbanding pesakit lain yang mempunyai nilai kandungan asid yang
lebih rendah di dalam urea mereka.
Kajian juga telah di
jalankan ke atas binatang. Binatang tersebut terdiri dari binatang
beralkali dan berasid. Kedua-dua badan binatang ini kemudiannya disuntik
dengan virus. Binatang yang mengandungi badan beralkali hanya mengalami
sedikit kecederaan dan lebih cepat sembuh. Binatang yang mempunyai
badan berasid pula akan lebih cepat jatuh sakit dan seterusnya mati.
Kesimpulannya, badan beralkali adalah sistem pertahanan pertama melawan penyakit dan kematian.
Badan yang mempunyai kandungan asid yang berlebihan akan mempercepatkan
proses penuaan, merendahkan imuniti serta mudah jatuh sakit dan
seterusnya menjadi penyebab kemerosotan sistem badan.
Kenapa
sifat alkali dalam Rumpai Laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan
kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk
keperluan manusia. Menurut Seibin dan Teruko arasaki, penulis buku
vegetables from sea. Semua mineral yg diperlukan oleh manusia seperti
kalsium, natrium, magnesium, iodine, zat besi dan zink ada dlm rumpai
laut. Ia juga mengandungi Vitamin A dlm bentuk Beta Karotin, B1, B2, B6
dan Asid Folik. Rumpai laut juga mempunyai antioksida yg lbh tinggi
berbanding buah beri atau delima. Salah satu cara yang tercepat untuk
memastikan pH badan kembali seimbang ialah dengan mengambil kolagen
rumpai laut kerana ia merupakan makanan beralkali yang berketumpatan
tinggi dengan nutrien.
Asid folik boleh mengurangkan risiko
kecacatan bayi. Iodin boleh mengurangkan risiko penyakit kanser tiroid.
Magnesium boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan
tekanan darah tinggi. Antioksida boleh mengurangkan risiko kanser
usus.Ia mampu mengurangkan penyakit
obesiti, kencing manis, penyakit
nyanyuk, melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kanser. Serat
yg hadir dalam rumpai laut merangsang usus kita berfungsi dengan betul
dan ditambah lagi ia mencegah kita dari makan terlalu banyak! Di samping
itu, rumpai laut mengandungi kebaikan Omega-3 yang bekerja dengan
nutrisi yang lain untuk membantu mengurangkan penyimpanan lemak dalam
badan. ia boleh mengurangkan rasa lapar kerana kandungan serat yg tinggi
dan ini boleh menurunkan berat badan bagi mereka yg berdiet. ia mampu
merendahkan kadar asid dalam makanan yang diambil, justeru sesuai
dimakan bersama nasi dan
lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat asid. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah pemakannya.
Bersifat
anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar
kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit
jantung. Beberapa jenis Rumpai Laut bertindak sebagai agen detox.
Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik
dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi.