Rumpai laut Sabah sangat terkenal di Malaysia-Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. Rumpai laut ini dipanggil ibu kolagen oleh orang tempatan dan Pure Marine Collagen oleh syarikat kosmetik. Spesis Eucheuma Cottonii versi tambalang menjadi produk komersil utama nelayan semenjak tahun 90an lagi. Sila kunjungi blogshop kami untuk membeli produk pmc dengan harga berpatutan.
Rabu, 3 Oktober 2012
Rumpai Laut Makanan Orang Jepun
Jepun terkenal dengan warganya yang gemar bekerja keras dan memiliki stamina kuat. Apa rahsianya? Lihatlah menu makanan warga Jepun yang selalu dihiasi dengan makanan hijau rumpai laut. Si hijau yang lembut ini terbukti dapat melindungi jantung. Demikian hasil penelitian yang dilakukan oleh para pakar di Pusat Penyelidikan Makanan Teagasc, Dublin, Ireland, baru-baru ini. Rumpai laut dapat membantu menstabilkan tekanan darah sehebat ubat yang biasa digunakan untuk menurunkan tekanan darah.
Ia juga dapat mencegah serangan jantung dan juga stroke. Kandungan protein tinggi yang dikenali dengan sebutan peptida bioaktif adalah kuncinya. Kandungan protein tersebut setara dengan jumlah protein yang terkandung dalam susu. [Jurnal Agricultural and Food Chemistry.]