Rumpai laut Sabah sangat terkenal di Malaysia-Semporna, Kunak, Lahad Datu dan Sandakan. Rumpai laut ini dipanggil ibu kolagen oleh orang tempatan dan Pure Marine Collagen oleh syarikat kosmetik. Spesis Eucheuma Cottonii versi tambalang menjadi produk komersil utama nelayan semenjak tahun 90an lagi. Sila kunjungi blogshop kami untuk membeli produk pmc dengan harga berpatutan.
Rabu, 21 November 2012
Dana Kerajaan Projek Rumpai Laut
Kerajaan Malaysia persekutuan memberikan RM13.3 juta untuk membangun industri itu untuk menghasilkan rumpai laut yang akan memenuhi standard dunia, katanya.
Johari berkata, permintaan bagi rumpai laut kering juga meningkat dan dianggarkan negara seperti Australia, Kanada, China dan Jepun semakin banyak menggunakannya kepada kira-kira 400,000 tan. Indonesia menghasilkan kira-kira 3 juta tan rumpai laut tahun lalu, merupakan pengeluar terbesar dunia.
Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia mengeluarkan rumpai laut. Datuk Yahya Hussin, timbalan ketua menteri yang juga menteri pertanian dan industri makanan berkata, industri rumpai laut dijangka menghasilkan RM1.4 bilion GDP menjelang tahun 2020. Industri rumpai laut Sabah merupakan projek entri point (EPP) dalam program transformasi ekonomi gagasan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tawai dikenal pasti sebagai salah sebuah daerah pengeluar rumpai laut negara di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Tahun lalu, Sabah menghasilkan 23,940 tan metrik rumpai laut dengan pendapatan RM66 juta. Pada masa ini, ada 8,000 hektar (19,200 ekar) kawasan penternakan rumpai laut di laut pantai timur Sabah. Seramai 1,156 pengusaha terbabit dalam penanaman rumpai laut di Kunak, Semporna & Tawau
Sabah adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengeluarkan rumpai laut dengan industri tertumpu di bahagian utara dan timur negeri.